05
Jul

Waiting for my baby

Dup.. dup.. bedebar juga aku sekarang menunggu kelahiran baby aku walopun yang melahirkan adalah wife aku.. Hopefully semuanya selamat, sihat, dipermudahkan.. Korang semua doakanlah sekali ye.. Harap2 nanti aku akan ada kat sebelah isteri aku masa dia memerlukan..

Korang tengok aku ada ciri2 bapa yang baik x? Mampukah aku mendidik anak aku sebab aku rasa aku tidaklah baik sangat..  Mampukah aku memberi masa dan perhatian yang secukupnya.. mampukah aku memberikan kemewahan..

Aku berjanji dengan kehadiran baby first ni aku akan memperbaiki diri aku.. Rajin mencari rezeki.. menambahkan ilmu agama.. mengajar anak aku ilmu dunia dan agama yang secukupnya agar selamat dunia akhirat..

Doakan Kami sekeluarga.

05
Jul

Kembalikan HaK Rakyat Kelantan Wahai Pemimpin Tamak

Saya rasa BN tak payah bermimpi langsung nak bertapak di Kelantan kalau hak orang kelantan tak dikembalikan. Buat benda ni dulu. Kalau tak totally akan ditolak. Hak Kelantan untuk mendapatkan royalti dan pendaratan minyak.

Dato Pha Jeli, mengatakan Kelantan tak layak dapat royalti minyak. Pertanyaan saya:-

1. Pada masa ini Sarawak, Sabah dan Terengganu telah pun dibayar 5% kepada negeri-negeri berkenaan.

2. Sarawak,Sabah, Terengganu dan Kelantan berada dalam Persekutuan Malaysia. Jika Brunai berada dalam Malaysia , Brunai juga akan menerima royalti 5%. Oleh kerana Brunai sebuah Kerajaan Berdaulat maka semua kawasan Perairan Brunai adalah menjadi hak miliknya.

3. Soalan saya jika Kelantan berada di Luar Malaysia begitu juga Sabah atau Sarawak, (Bukan dalam Persekutaun Malaysia) adakah Malaysia berhad mendapat hasil di perairan Kelantan/Sarawak/Sabah?. Jawabnya tidak berhak.

4. Alasan UMNO/BN cukup bodoh. Sudahlah paip minyak/gas dinaikkan melalui Songkla Thailand) walaupun Tumpat Kelantan lebih dekat tetapi UMNO sanggup mengkhianati bangsanya sendiri. Contohnya apabila PAS memerintah Terengganu (1999-2004) Royaltinya ditarik. Perjanjian yang dibuat sebelum ini tidak digunapakai lagi. Apabila UMNO/BN kembali memerintah Terengganu (2004 hingga sekarang). Agihan wang royalti minyak mula dikembalikan.

5. Dimanakah keadilan UMNO/BN?. Ingat wahai Dato Pha, dan semua pimpinan UMNO bahawa kamu semua akan mati. INGAT kezaliman dan ketidak adilan kamu dinanti akan disoal oleh Allah SWT. ” Takutlah Allah”.

6. Di dunia pelbagai alasan boleh diberi, misalnya di luar perairan dan sebagainya. nasib baiklah Kelantan dalam Malaysia. Jika Kelantan sebuah negara berdaulat macam Brunai adakah ianya masih menjadi hak milik Malaysia?.

7. Oleh itu janganlah berdalih lagi kembalikan hak rakyat Kelantan sesuai Slogan Najib 1 Malaysia benar-benar menjadi realiti.

24
Jun

Be like a Star

Hihi hepinya aku.. akhirnya aku dapat juga beli kasut bola idaman aku.. Dapatlah aku bergaya kat padang nanti macam Star.. warna kuning pasti menarik perhatian pemain lawan..

Sebenarnya sekarang dah x aktif sangat main bola macam kat U dulu.. Tapi mulai hari ini, aku akan kembali menggegarkan gawang bola.. First, target kat BB.Bangi dulu.. Jaga2.. Star dah kembali..

Kepada sape2 yang nak beli boot, aku sarankan beli Total 90 ni. Pakai pun memang kemas.. Memang best untuk menyepak kuat2.. Pergerakan pun makin mudah nak buat skil.. Yang penting bergaya macam Star.. Hehe

26
Apr

Walopun kaloh, kawe tabik jugok.. Gomo kelate gomo!

Telebih dulu tahniah banyak2 pasuke bola sepak negeri kelate. Walopun kaloh, kawe bulih tengok usaha gigih dan semangat pemain. Meme bulih dipuji. Harap2 taun depe kito mene kure2 so pialo.

Male tu walopun kawe deme + pening palo, kawe gi jugok stadium. Semangat sengoti nok tengok. Rama sungguh oghe kito. Penyokong kelate lagi rama dr penyokong selangor. Kecut penyokong selangor. Kena buu atah muko pun xberani nok lawe balik. Penakut sungguh.

Dale stadium lagi ganah. Selangor senyak kotek, buleh gol baru sorak. Buat ombak xjadi, kena boo. Dok sorok, tapi x butir gapo hok royak.

Kelate meme gege sungguh male tu. Kita buak ombak best, siap buleh tepuk lagi. Tiap kali rembat ke gol, kito tepok tange sokong pemain. Ginilah kito nok.

Oklah, taniah banyak2 pasuke kelate. Harap2 tahun depe kito koho kemah. Pengurusan diharap dapat meniti beratkan kemajue bola sepak negeri kito. Rakyat kito mengideke pialo.

Wassalam

16
Feb

Ape nak jadi ngan pemimpin kita

Ape nak jadilah ngan pemimpin kita.. Rasanya xade beza yang pro-goverment atau pembangkang.. sama sahaje..

Contohnya pasal isu kereta perdana.. Yang sebelah sana guna mercedez yang sebelah sini guna camry.. so ape nak bising? dua2 pun buat, kenapa jadi isu?

Yang sana lompat parti, yang sini curi adun.. Sama juga..

Yang sana cakap kena hormat keputusan sultan, tapi membelakang kan pilihan rakyat… Yang sini pula x dapat perkenan sultan tapi adalah pilihan rakyat.. so siapakah yang layak?

Semua teruk.. Nak jadi pemimpin, biarlah layak untuk memimpin.. Rasanya parti tiada makna x kira ape nama sekalipun.. Yang penting siapa yang mengemudinya..

19
Jun

Hidup PETRONAS!!!!

Selepas harga petrol dinaikan, banyak betul aku dapat email berantai yang mengajak pengguna memboikot minyak Petronas. Sebelum anda terpengaruh, pikirlah betul2 ape sumbangan Petronas kepada negara.

Mungkin anda tak sedar bahawa Petronas telah menyumbang hampir 65% keuntungannya termasuk cukai kepada kerajaan. Mampukan company lain / individu yang sanggup menyumbang sebanyak itu. Tanyalah dimana wang itu dibelanjakan oleh kerajaan. Jangan salahkan Petronas yang sudah banyak menolong. Wang selebihnya digunakan untuk memperkembangkan syarikat.

Lepas itu ada pulak yang cakap Petronas menjual minyak yang x berkualiti berbanding dengan station minyak lain kat Malaysia. Itu semua karut. Semua minyak yang dijual di Malaysia, xkira station minyak Shell, Esso adalah yang dibekal oleh Petronas Pernapisan.

Sebenarnya company besar seperti Shell, Exxon inilah yang anda patut boikot. Merekalah yang memonopoli harga minyak. Kerana ketamakkan mereka jugalah banyak negara yang kaya dengan minyak ditakluk oleh Amerika dan Yahudi

06
Mar

Demam Pilihanraya

Lagi 2 hari kita akan mengundi. Jangan lupa menunaikan tanggungjawab masing2 nanti.Dukacitanya, aku x berpeluang untuk mengundi disebabkan transportation cost yang tinggi untuk balik semenanjung. Kepada yang berkemampuan untuk balik mengundi, jangan lepaskan kewajipan anda.

Sebelum mengundi buatlah penilaian yang sebetulnya. Dengar komen daripada semua parti, bukannya hanya menonton television aje. Jika mahu tahu keburukan UMNO, bacalah harakah dan surf blog pembangkang. Jika mahu tahu keburukan PAS / DAP dengarlah TV dan akhbar utama. Yang pentingnya korang mesti dengar semua pandangan daripada semua pihak.

Aku nasihatkan supaya jangan memilih parti, sebaliknya kena memilih calon yang baik.Janganlah kerana memilih parti, walo diletak penyamun / perompak / yang xtau hukum halal haram / kaki mabuk pun akan tetap menang juga. Banyak orang sekarang tau bercakap pasal agama, tetapi xtau ape hukumnya bagi pmpuan yang x memakai tudung . Aku terlalu riso, jika terlalu memilih parti, pemimpin yang sekular akan memerintah negara kita. Lihatlah betapa rosaknya Islam di negara Turki setelah Mustafa Kamal Attaturk memerintah.

Sekarang terlalu susah mencari pemimpin yang betul2 berjuang seperti pemimpin dahulu seperti Tok Janggut, Tok Kenali, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Gajah yang berjuang untuk rakyat. Kebanyakan pemimpin sekarang berjuang untuk kepentingan sendiri, membina istana peribadi, berkereta mewah dan sebagainya.

Akhir kata di hari2 terakhir ini, buat analisis secara bijak.

Sekian. Jika ada terkasar bahasa minta maaf banyak2. Aku tidak menyebelahi mana2 sebab aku x dapat balik mengundi pun. Papai.

28
Jan

Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Sukacita dimaklumkan bahawa malam ini (28/01/2008), aku berjaya membuat bayaran terakhir hutang PTPTN aku. Hutang pelajaran aku dah habis.. yeyeye.. JPA pula masih belum ada2 berita walopun hampir 2 tahun aku dah habis belajar.. Hahaha aku dah bebas.. :) Tujuan aku bermegah2 bukan untuk menaikan kemarahan korang semua, tetapi untuk menggalakan korang mencontohi sikap mulia aku bayar balik hutang PTPTN..

Aku rasa satu kepuasan yang amat sangat.. Lepas ni aku boleh focuskan expense untuk menjadi seorang milionaire..

Di sini ingin berkongsi rahsia kejayaan aku membuat bayaran penuh. Antaranya:

1. Bayar2 tiap2 bulan walopun sedikit

2. Ingat bila kita mati nanti, kita berhutang dengan duit rakyat jelata

3.Ingat generasi kemudian perlukan duit

4. Bayar hutang dulu baru enjoy

5. Perlukan azam yang kuat

Itulah saja yang aku nak kongsi malam ini. Sebelum itu korang baca petikan di bawah:

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud:

”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.

30
Dec

Jangan Melampau-lampau

Sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Mungkin hari ini orang lain melakukan kesalahan. Hari esok mungkin kita pula yang buat kesilapan. Jadi maafkanlah kesilapan terhadap orang lain. Kita mungkin akan meminta ampun juga nanti.

01
Dec

Rela keseorangan daripada dibenci

Jika membenci aku, janganlah melukan hati orang lain

Jika membenci aku, janganlah melibatkan orang lain

Jika membenci aku, janganlah menghina aku

Jika membenci aku, janganlah hebohkan keburukan aku

Jika membenci aku, jangan berbohong pada aku

Jika membenci aku, janganlah mempermainkan perasaan aku

Jika membenci aku, janganlah bermulut manis

Jika membenci aku, janganlah sengaja mencari salah aku

Jika membenci aku, jangan doakan aku hidup sengsara

Jika membenci aku, janganlah memberi janji palsu pada aku

Kerana

Walaupun aku dibenci, orang lain adalah orang yang aku sayang

Walaupun aku dibenci, aku boleh menerimanya

Walaupun aku dibenci, orang lain tak bersalah

Walaupun aku dibenci, aku tetap bercakap perkara yang baik

Walaupun aku dibenci, aku takkan menipu

Walaupun aku dibenci, aku tetap menjaga hati orang

Walaupun aku dibenci, aku tetap melindungi

Walaupun aku dibenci, aku tetap mendoakan ALLAH beri yang terbaik

Aku rela hidup bersendirian daripada menjadi orang yang dibenci




 

November 2009
M T W T F S S
« Jul    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30